14.4.10

Bukan Umpama Red Indian Timur


Aku sering bertanya
kadang aku mengembara
hanya untuk menyelami asal usul kita
yang akhirnya membawaku ke Tanah sebelah sini saja
Aku bukan lah lupa pada asal ku
aku bukanlah tak kenal siapa bangsaku
namun aku selalu lupa
bahawa masih ada yang lupa siapa bangsanya


Kita ada bangsa sendiri
kita punya nilai tersendiri
namun aku selalu lupa
bahawa masih ada yang lupa siapa bangsanya


Pengaruh?
bukan jadi alasan
Kecanggihan?
Tidak aku nafikan
Kuasa?
memang aku pertikaikan


Bangsa kita bangsa berketuanan
terlalu banyak udah kita kongsikan
bahtera kita dulu sebesar taman
kini tinggal sekecil tapak semaian
atau kita ingin jadi umpama RED INDIAN TIMUR?

Ambil Pengayuh,Marilah....


Akhirnya
setelah 4 musim kau redah
kita dipertemukan semulaAdd Image
oleh yang maha pencipta

Tahniah
semoga persahabatan ini
kita bawa sampai kita terlelap
di bawah batu nisan
-Akhirnya kita dalam perahu yang sama bro-

10.4.10

Merah jauh dan Satu Enigma


Setelah kian lama aku menunggu 'atas haribulan' sebuah blog kegemaran ku..akhirnya penulis yang memang mahir dalam penulisan itu pun meng 'atas haribulan' blog nya..terima kasih kawan.kata-kata mu selalu menghiasi fikiran-fikiran manja ku..Dan kini kau kembali bernafas..


Kalau kau seorang penulis
kau mesti menulis lagi
meski katamu kau akan berhenti
aku pasti,kau menulis lagi
walau bukan disini
di mana-mana pun akan pasti
penulis menulis lagi
tinta mu setajam pedang
lembaranmu seluas bendang
penilaianmu setangkas helang

terima kasih faridazlan.blogspot.com

-bila melayu hilang kuasa di tanah mereka-Satu Enigma-

Kenangan Lama

Kenangan lama sewaktu resco ubd jelajah ilmu jalan kaki dari k.b ke ubd..
teringat sejarah hijrah baginda rasul Allah S.A.W..kami menyusuri lembaran sirahmu wahai Rasul Allah..Penghijrahan adalah pengorbanan.

31.3.10

18.3.10

Apa Cerita NI?????????????????

Apa cerita ni??kalau orang Islam membuat gerenti kana panggil pengganas ni..jadi issue sudah ni
Tapi kalau orang bukan islam membuat kana panggil apa ni??????????????? komen?no komen?? Puiiii

15.3.10

Kisah Natrah (Handy Black)


kejatuhan si perawan di kota temasek…

jeritannya yang tak bersuara

menakluki kita semua

hingga mencetuskansengketa……


Hadiran nya adalah satu titik bencana

Tika mengorbankan ugama dan nyawa

Iya menjadi satu legenda

Terciptanya satu sejarah…
Natrah yang malang….

nyawamu di pertaruhkan

kezaliman pecana di patahkan
Natrah……

Nilaimu dipertahankan

bangsamu melepaskannya

kau bisa menyerah dan turuti
Demi menjunjung kebohongan

sehingga kini….