6.6.11

game station vs ps3

semua orang mahu walaupun bukan semua orang mampu
semua orang mampu walaupun ada yang tak mahu
semua orang mahu untuk mampu
dan aku?? kurang mampu tapi mahu

semua orang ada impian
setiap orang ada mimpi
mimpi yang mungkin sama dengan yang lain
adakah ini yang dikatakan dengki?

aku bukanlah dari keluarga yang mampu
biar pun aku sebenarnya mahu
bayangkan jika aku kecil dizaman ini
hanya dapat game station instead of ps3

aku hanya mampu ketawa
biar pun aku inginkan yang lain
kenapa aku ketawa
kerana aku punya komitmen lain

P/S : why does river so rich??
: because it has 2 banks

25.5.11

Sojourn

Ada beberapa tempat yang aku boleh memilih.ada beberapa tempat aku boleh menilai dan ada juga tempat yang hanya mampu ku dengarkan.

Dan tempat ku berdiri kini...berdiri dengan rasa ku sendiri..adalah pilihanku dari hati

Aku sering meninggalkan tempatku dulu.tempat ku sayang.tempat ku meluahkan suka duka.tempat yang ku cinta

Bukan aku tak suka,tak bertanggung jawab tapi aku hanya memberi peluang pada pendatang baru untuk bertapak di tempat ku.aku mengalah..

Tapi kini aku sudah sedar.aku sudah berubah..jangan halau aku dari tempat aku sendiri.jangan jajah apa yang indah dalam tempatku..dulu aku mengalah..kini aku menyanggah! I stand for my ground!!!!!!!!!

P/S : those who kneels for ALLAH can stand up for everything

23.5.11

Never Say Never

Ramai yang bertanya atau mungkin tertanya-tanya..kenapa aku begitu memandang tinggi bagi setiap sudut yang ku takrifkan sebagai persahabatan.Banyak yang berkongsi segalanya dengan sahabat..ada yang hanya mencari sahabat ketika susah dan tidak kurang pula ada yang hanya mencari sahabat ketika perlu kepada sahabat itu sendiri

Aku jenis manusia yang tiada jenis yang tertentu.Atau dalam erti kata lain aku kategori golongan manusia yang memang mudah untuk bersahabat.Tapi ada satu sifat dalam diriku yang jarang ditafsir oleh sahabat ku sendiri..keinginan untuk memenuhi atau mencukupkan keperluan sahabat ku sekeliling

AKu amat susah untuk mengatakan NO pada sahabat sekitarku.Jika perkara ini mampu menggembirakan mereka maka akan aku usahakan semampu yang boleh.Kerana bagiku harga sebuah senyuman dari sahabat sekelilingku.

Jawapanku mudah..kerana dahulu hajat atau keinginanku jarang dipenuhi.maka aku merasa asyik jika keinginan orang lain aku penuhi.

P/S : Kak Rozi : Kalau kita tolong orang,maka Allah akan tolong kita
Upin-Ipin : Betol betol betol

22.5.11

Jangan hidupkan kenangan

Dalam kepayahan aku menggumpulkan kudrat agar aku masih bisa merangkak..dalam kesukaran aku menyusun atur kembali kepingan "puzzle" yang selama ini mengganggu hidup ku..

Semakin ku temukan jawapan semakin aku jauh dari gangguan itu.hidup perlu kesedaran..sedar bahawa kita perlu hidup kerana kehidupan perlu diteruskan..

Setiap sesuatu yang datang membawa aku ke hadapan.membawa aku ke alam yang ku gelar sebagai akan datang.jauh meninggalkan masa silam..jauh meninggalkan segala kesombongan masa muda.

Tapi aku akur..kadang-kadang aku tersungkur dalam merenangi lautan kenangan..ah sudahlah..hidup mesti diteruskan..kerana hidup adalah perjuangan

P/S :The fact that life has no meaning is a reason to live - moreover, the only one.

21.5.11

Demi masa dan waktu tidur yang kurang

Setiap dari kita mesti pernah mendengar bahawa setiap yang bernyawa perlu cukup tidur setiap hari..tidur sekurang kurangnya 6 atau 8 jam sehari.tujuannya mudah.agar dapat rehat yang secukupnya agar boleh menghasilkan produktiviti atau kreativiti ke tahap yang tertinggi.

Itulah menurut kajian para saintis barat.manusia ada 24 jam sehari dan dibagi pada 3 perkara.8 jam untuk berkerja kemudian 8 jam untuk berehat setelah berkerja dan 8 jam lagi untuk tidur.inilah kajian mereka

Tapi ada jenis manusia yang jika tidur lama akan merasa lemah dan hanya perlu kepada tidur 2 atau 3 jam saja (termasuklah diriku yang insomnia)

Aku akan merasa letih jika cukup tidur!inilah jadi kehairanan.kadang hingga sampai 2 atau 3 hari aku tidak tidur dan merasa segar dan bermaya untuk berfikir(biarpun kemampuan ku berfikir hanya pada tahap lebih dari rendah sebenarnya)

Ketika aku berkelana dan berpetualangan dibumi seberang dimana aku telah kuliah d pesantren,kami mula bangun sebelum jam 3am seterusnya berkuliah dari 3am hingga 9malam dan tidur semula jam 12am.yang hairannya semua santri(murid pesantren) sihat sihat belaka.setelah dikaji rupanya oksigen yang ada pada subuh hari amat tulen(pure) dan membekalkan tenaga seharian.mungkin itulah antara sebab kenapa sembahyang di subuh hari difardhukan Allah Ta'ala.

Hatta nabi s.a.w sendiri mensunnahkan untuk umatnya mendirikan qiamullail dan bermunajat di sepertiga malam.sungguh besar hikmahnya.segala yanh disunnahkan itu besar manfaatnya bagi jiwa yang sanggup mendengar dan memikirkannya.

P/S : do we let time lead us
Or
Or we lead the time?

19.5.11

Adrenalin Junkies

Memang sudah jadi tabiat manusia untuk memilih jalan yang susah kerana motto kehidupan masing-masing.Atau bagi sebilangan orang bahawa sesuatu yang terlalu sukar itu lebih mendatangkan adrenalin.

Dan setiap yang senang atau terlalu senang itu dipandang remeh dan ringan kerana tiada membawa sebarang kerunsingan atau apa-apa yang memerlukan daya ketajaman intelek seseorang.

sebenarnya bukanlah sesuatu yang indah itu diukur akan kesusahan menggumpul material nya atau sebagainya.Namun sebaliknya sesuatu yang indah dapat di hasilkan dari material yang senang.Asalkan kita tahu cara untuk menjadikan sesuatu yang "simple" itu menjadi indah dan menarik.

Kita sayang pada sesuatu yang susah untuk dimiliki
dan akhirnya menyesal kerana mengambil mudah setiap apa yang dimiliki
"Take something for granted"


P/S: its not about the words that u use
BUT HOW U USE THE WORDS

18.5.11

My privilege

It is a privilege - to know you, to share myself with you, and to walk together on the paths that take us in so many beautiful directions.

When I am with you, I know that I am in the presence of someone who makes my life more complete than I ever dreamed it could be. I turn to you for trust, and you give it openly. I look to you for inspiration, for answers, and for encouragement, and you lift my spirits up and take my thoughts to places where my troubles seem much further away and my joys feel like they're going to stay in my life forever.

P/S : Hope you stay forever..