7.1.10

Untuk Aqilah Mesti Bacha

Tahniah Aqilah..Bakal Jadi seorang Pendidik negara..
sikit puisi utk Aqilah bacha..
Moga dapat jadi pencetus semangat di kemudian hari

Dan jua untuk semua pendidik bangsa tua dan muda


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang "guru biasa"
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

( Petikan Puisi Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang )

24.12.09

Warkah contengan seorang petani

Kau diakui
kau diperakui
kala kau memang seorang petani

Kalau kau seorang petani
bertani itu memang kerja petani
kau mesti bertani

kalau kau seorang petani
kau memang seorang yang bertani
kerana itu kau mesti bertani

kalau kau seorang petani
kerjamu hanyalah bertani
meski kau tak mahu bertani lagi

kalau kau seorang petani
meski kau tak mahu bertani lagi
satu masa kau mesti kembali

biar janji mu tidak bertani lagi
sumpahmu bukan untuk bertani
satu hari kau pasti kembali

meski kau tak bertani di kebun ini
kau pasti bertani di tempat lain lagi
kerana nyawa mu adalah bertani

P.S - Nama kita,Suara kita
Tanpa Nama,orang kenal suara kita

22.12.09

Kata-kata Hikmat

Belia Hari Ini Adalah BELIAU Hari Esok-Prof Dr.Haji Pundut Sapong

17.12.09

Salam Maal Hijrah

Firmah Allah Ta'ala:
Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dari-Nya. (al-Baqarah ayat 218).


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah ke atasnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


"Sesungguhnya setiap amal itu dinilai kerana niatnya, siapa yang berhijrah kerana dunia, dia akan memperolehinya, yang hijrah untuk wanita, dia akan menikahinya, siapa berhijrah kerana Allah dan Rasul maka mereka akan dapat Allah dan Rasul."

Salam Maal Hijrah Untuk Semua Umat Islam Seluruh Dunia

16.11.09

Derita Ayam dan Kelasi Bahtera

Berada dalam kelompok manusia yang ramai membuatkan aku sedar aku siapa.
Aku dulunya bukanlah aku yang sekarang namun hidup tetap sama
Bertuhankan Allah Yang Esa.

Perintah dariNYA kita junjung
perintah dari manusia kita kalung
Perintah dari ketua kita lambung
Aku sedar Aku sedar

Bila Ayam sama-sama bertaji
Tinggal di asah dan diracuni
engkau bodoh
engkau sombong

Yang mati tersepit?
Pembuat-pembuat reban ayam
Tiada ayam yang hidup masuk ke reban
Tiada ayam yang mati untuk di makan

Inilah keadaan bilamana sebuah bahtera bernakhoda separas dengan Jurumudi haluannya
Dan aku sebagai kelasi?
Taat setia menjunjung perintah seperti dalam surah An-Nisaa ayat 59


(entri khusus pada yag khusus)