30.9.08

Bila aku Di atas

Sampaikah kita ke hujung sana??
BY: E-7

Bila aku di atas
ku capai dengan menindas
lantang suara ku keras
kerana kau dibawah dan aku di atas!!


hoi!!
teriakkan satu panji
rentangkan sebuah deklarasi
kau dibawah kerana aku mengatasi

Saudara yang berada di atas!!
renungkanlah walau sekilas
bila kau jatuh kau akan di bidas
hatta jatuhmu tidak bernafas


hoi!!
laungkan satu janji
rentangkan lagi sebuah deklarasi
kau di atas kerana aku kau jajahi


Aku yang berada dibawah
kurang sakit ku bila ku rebah
dapatku bangkit melurusi langkah
dapatku berlari jangan disanggah!!!!


Renungkan lah...
Fikirkanlah...

tak sentiasa aku dibawah

tak selamanya kau menjajah!!!!!!!!!!!!!