20.11.08

Kapal Terbang Kertas


asalnya aku bukan terbang
asalnya aku bukan dilipat
asalnya aku hanya rata
asalnya aku hanya kertas biasa

Pandai nya manusia memanipulasi
pandainya manusia mencari cari
kononnya meluahkan kreativiti
kononnya menggembangkan minda sendiri

Dari kertas biasa aku dihina
kemudian dilipat hampir sempurna
seterusnya melayang terbang gagah
lupa bahawa ku hanya kertas biasa

Dihina
Dipuja
Dibetulkan
Dipuja
kembali seperti yang lama
Hanya Kertas Biasa

Biar satu ketika dulu
akulah kapal terbang kertas itu