20.1.11

Monolog Sampah, Tandas dan seorang Haiwan Natik bernama aku


Aku pernah melihat semalas-malas manusia ada wujud dalam diriku..serajin-rajin manusia pun kadang-kadang singgah di dalam diriku..aku kadang terfikir malas mahu menulis lagi..tapi ada saja yang memanggil aku untuk terus melakar dalam blog ini..Bagiku blog ini adalah bakul sampah yang didalamnya hanya cebisan kata-kata yang mungkin cuma aku yang faham..atau kadang-kadang aku langsung tak faham..teruskan menulis..biar orang tak pernah melawat lakaran yang wujud di bakul sampah ini..sekurang-kurangnya ia jadi satu persinggahan buatku.

Terharu aku apabila aku melihat tandas..setia megah menerima kunjungan insan yang datang dengan satu tujuan.tidak kira no 1 atau 2 tapi hasilnya tetap sama..membuang yang buruk agar hidup jadi sempurna..Tandas mempunyai kelebihan dalam menukar perwatakan seseorang..sudah sampai saatnya tandas digelarkan sebagai 'the magic bowl' kerana raut wajah manusia yang masuk selalunya berbeza..sebelum masuk muka retak..setelah keluar muka bersinar..ketika didalam?wallahu A'lam..

ingat kata-kata itu..buang yang buruk agar jadi yang terbaik!!!