20.4.10

Tua bukan semestinya bertuah


Pernah dulu aku jadi yang kedua kerana mu,dari atas mata sampai bawah buku lali mu kaulah yang terhebat.kerana kau pernah menghirup udara panas sejuk 'air teh'..Dan aku hanya menyedari bahawa aku cuma mampu minum 'air suling' yang keluar dari perut bumiku tempat ku berdiri.Aku 'menghitung' abjad atas 'papan kayu'..Dan kau naik 'garuda' memandang kedaifan aku dari langit..

Dan kini kau meronta 'dilangit' kerana kau ingin singgah dibumi..Bila kau merunduk rendang 'pemandangan' dibumi sambil melihat 'unicorn' naik turun..

Kini apa sudah jadi?Kini apa sudah jadi?

Kini aku sudah mula belajar minum air pakai 'gelas'
kata orang lebih tidak 'membazirkan'
Dan kau??
menunggang 'unicorn' bersenang lenang