26.5.10

Album Kenangan (Memori Bekas seorang Kanak-kanak)




Bulan depan satu lagi virus akan melanda,virus demam piala dunia..
kenangan demi kenangan datang melayang mengenang kembali zaman kanak-kanak
ketika itu.Satu yang paling ku ingat ialah ketika piala dunia maka sebuah buku album stiker
diterbitkan

Aku belum lupa lagi bagaimana rancaknya kanak-kanak menggumpul sambil
melekatkan stiker yang ada.Dan aku belum lali lagi untuk mengingati semua itu
untuk pihak kanak-kanak yang sebaya denganku pada ketika itu

Aku lahir dari keluarga yang kurang sedikit dari berkemampuan.Buku album stiker serta stikernya itu hanya mampu ku lihat di kedai atau melihat dari kawan-kawan sebaya yang mampu memilikinya..hahahahahahahahahahahahahahahahaha

Dan kenangan ku yang paling indah ialah bila mana aku menjumpai bekas pelekat stiker yang
dibuang oleh orang lain.Riang hatiku pada ketika itu hanya Allah saja yang tahu..
Ku lajukan kaki melangkah menuju ke tempat perkumpulan kanak-kanak sebaya ku dan melihat buku album stiker mereka untuk memeriksa siapakah yang empunya gambar bagi
bekas pelekat stiker yang ku jumpai itu..Dan ternyata bekas pelekat stiker itu adalah gambar
seorang pemain cameroon iaitu Roger Milla..Alangkah dahsyatnya kepuasan hatiku ketika itu
kerana akhirnya walaupun aku tidak mampu memiliki album stiker atau stiker piala dunia
namun aku menjumpai bekas nya dan ternyata kegembiraan itulah kenangan manisku sehingga kini

Biar tidak kaya atau mampu membeli nya
Namun percayalah bahawa ALLAH S.W.T maha kaya dan maha mengasihi