2.6.10

Ganjaran atau peluang




Banyak pertandingan kini giat dijalankan.Ada yang berbentuk hiburan malah ada yang berkonsepkan kekeluargaan.
Berbekalkan hadiah dan ganjaran yang lumayan,ada yang menang peraduan,ada yang menang kereta umpamanya pertandingan nyanyian.

Banyak suara yang kurang berpuas hati bilamana hadiah pertandingan hiburan selalunya menjanjikan hadiah atau ganjaran yang terlalu lumayan berbanding pertandingan membaca ayat suci Al-Quran

Pertandingan hiburan ada yang menang tiket penerbangan,kos penginapan dan kadang kereta yang dipertaruhkan..Tapi pemenang pertandingan keagamaan hanya memenangi sekelumit harta keduniaan..kenapa tiada yang mempertaruhkan kereta?

Tahukah semua pemenang pertandingan membaca ayat suci Al-Quran memenangi tiket menunaikan Fardhu HAJI?????????

Alhamdulillah..pada masa ini sudah banyak remaja/belia yang sudah berkecondrongan untuk menyertai pertandingan membaca ayat suci Al-Quran

Hadiahnya lumayan dan ganjarannya menawan malah boleh sampai ke tahap mengharumkan nama negara dipersada dunia.

Harta keduniaan bukan masuk dalam rukun ISLAM yang lima..menunaikan Fardhu HAJI itu yang lebih diperlukan

ps: andai dapat ditukar segala yang ku miliki di alam ini dengan kesempatan menyahut
panggilan BAitullah...Akan ku tukar tanpa fikir panjang