22.5.11

Jangan hidupkan kenangan

Dalam kepayahan aku menggumpulkan kudrat agar aku masih bisa merangkak..dalam kesukaran aku menyusun atur kembali kepingan "puzzle" yang selama ini mengganggu hidup ku..

Semakin ku temukan jawapan semakin aku jauh dari gangguan itu.hidup perlu kesedaran..sedar bahawa kita perlu hidup kerana kehidupan perlu diteruskan..

Setiap sesuatu yang datang membawa aku ke hadapan.membawa aku ke alam yang ku gelar sebagai akan datang.jauh meninggalkan masa silam..jauh meninggalkan segala kesombongan masa muda.

Tapi aku akur..kadang-kadang aku tersungkur dalam merenangi lautan kenangan..ah sudahlah..hidup mesti diteruskan..kerana hidup adalah perjuangan

P/S :The fact that life has no meaning is a reason to live - moreover, the only one.