10.6.09

Siapa kah aku?


Petang itu cuaca sungguh indah.angin lembut menyapa salam kemesraan antara kedua pasangan tersebut.Azri menatap lembut wajah Alia yang selama ini membuatkan tidur malam nya tak lena.Dengan penuh manja Alia mengukirkan garis-garis senyum umpama mekarnya sekuntum mawar di pagi hari.Azri yang dari tadi hanya diam membisu pun memulakan bicara nya dengan gadis kesayangan nya itu."Alangkah indah nya hidup kita ini Alia.Kita mampu mengisi kekosongan hati masing-masing dengan adanya cinta""Benar Azri,biar pun kadang-kadang dugaan menimpa kita namun ianya sepatutnya lebih mematangkan kita"balas Alia dengan nada manja."jadikan pengalaman lalu sebgaai satu pengajaran dan bukannya sebagai bebanan"sambungnya lagi sambil melontar batu ke dalam tasik lalu mengejutkan khayalan seorang lelaki yang kebetulan duduk di seberang mereka.Dari jauh kelihatan lelaki itu seperti menulis sesuatu."nah cuba saksikan di sana Alia,alangkah bertuahnya kita ada diri kita masing-masing.lihat lelaki itu.hidupnya tidak berteman,berteman pun bertemankan hasil penanya dan sedikit tulisan.sungguh kasihan kan?"Kemudian aku pun berlalu dari sana kerana ternyata konsentrasi ku sudah tergugat kerana sedari tadi aku diperhatikan oleh sepasang kekasih itu.......