3.6.10

Tamsil Ibarat Gulali



kadang-kadang manusia lupa bahawa kuasa NYA lah yag mengatasi segalanya.Kadang satu kemungkinan itu kurang difikirkan memandangkan ia hanya kemungkinan.Seperti dalam pekerjaan.Panjang atau pendek akal itu sering dipertaruhkan.Hitam dan putih bukan lagi dianggap sebagai satu perintah atau arahan.Sekadar dianggap sebagai satu pilihan

kadang-kadang manusia seperti aku juga lupa pada keadaan.Lalai dalam memahami akan kehendak masyarakat atau persendirian.Alpa pada ketentuan.Mungkir pada kewajiban.

Tapi aku sebagai manusia sedar pada arahan atau suruhan atau perintah.Dari A'ala sampai ke Adna ku turuti.Kerana disekitar ku aku hanyalah kuli.Tapi kenapa sebahagian manusia lain yang bertindak sebagai kuli lupa bahawa kita hanya kuli

Jauh kehadapan kita masih banyak yang mentadbir urusan.Kenapa harus kita hanya yang lurus sedangkan kita hanya orang suruhan.kenapa harus mengeluh.Anggaplah aku kolot,anggap lah aku masih baru dalam bidang pekerjaan,anggaplah aku masih baru dalam kehidupan sebagai seorang manusia.Anggaplah

Hidupku sebagai seorang kuli seperti gulali..semua orang kenal,semua orang mencari,semua masih ingat akan kemanisan dan keseronokan menikmati gulali..semua orang ingat akan warna warni nya gulali.kanak-kanak menyukai,dewasa menikmati dan seluruh dunia mengenali biar disebut sebagai fluppy candy.
Namun ingat!gulali jua bisa membunuh dengan kemanisannya!!!!!!!!!!!!!!!
Diam kuli bukan bererti tunduk tapi taat
Bising mandur bukan berkuasa tapi memerintah

ps: biar kuli asal dicari
jangar mandur tapi masih mundur