28.4.10
BIntang malam
Pada dasarnya kau sering disebut sebagai antara ciptaan Illahi yang terindah
kau sering bercahaya antara yang sewaktu denganmu
kau bersinar kerana kaulah yang paling indah antara yang serupamu
kerana kaulah bintang malam yang sering ku tunggu
Ku pernah membayangkan kau terbit di waktu siang
ku pernah memikirkan andai kau diletakkan sebelah siang
apakah sinarmu masih digemilangkan?
apakah kau masih di gelar bintang malam?
Tiada yang mustahil bagi Allah
tiada yang berlaku tanpa pengetahuan Allah
Janji Allah adalah pasti
bukan janji tapi pasti
Hari ini sinarmu gemerlapan
malam ini sinarmu penuh keasyikan
Dan semalam aku menangis
aku tak sempat melihat sinarmu
kerana aku melihat sinaran yang lain
Subscribe to:
Posts (Atom)