17.5.10

Komuniti Meja 4 Segi

Di ruang meja bulat atau 4 segi
bermacam karenah manusia aku jumpai
serta bermacam seranah aku kenali

Di sana datang bermacam bangsa
datang bermacam kasta
berbaris bermacam sifatnya

Yang laju datang menderu
yang menderu datangnya laju
apa yang kamu seru?

Datang selalunya bawa cerita sensasi
datang bawa cerita basi
ada jua yang hanya jadi pemerhati

Di tempat lain pun ada meja bulat atau 4 segi
tapi mereka datang bukan bawa cerita basi
atau mereka bukan berhalusinasi

Mereka datang bentang IDEA
itu yang aku TIADA