21.5.11

Demi masa dan waktu tidur yang kurang

Setiap dari kita mesti pernah mendengar bahawa setiap yang bernyawa perlu cukup tidur setiap hari..tidur sekurang kurangnya 6 atau 8 jam sehari.tujuannya mudah.agar dapat rehat yang secukupnya agar boleh menghasilkan produktiviti atau kreativiti ke tahap yang tertinggi.

Itulah menurut kajian para saintis barat.manusia ada 24 jam sehari dan dibagi pada 3 perkara.8 jam untuk berkerja kemudian 8 jam untuk berehat setelah berkerja dan 8 jam lagi untuk tidur.inilah kajian mereka

Tapi ada jenis manusia yang jika tidur lama akan merasa lemah dan hanya perlu kepada tidur 2 atau 3 jam saja (termasuklah diriku yang insomnia)

Aku akan merasa letih jika cukup tidur!inilah jadi kehairanan.kadang hingga sampai 2 atau 3 hari aku tidak tidur dan merasa segar dan bermaya untuk berfikir(biarpun kemampuan ku berfikir hanya pada tahap lebih dari rendah sebenarnya)

Ketika aku berkelana dan berpetualangan dibumi seberang dimana aku telah kuliah d pesantren,kami mula bangun sebelum jam 3am seterusnya berkuliah dari 3am hingga 9malam dan tidur semula jam 12am.yang hairannya semua santri(murid pesantren) sihat sihat belaka.setelah dikaji rupanya oksigen yang ada pada subuh hari amat tulen(pure) dan membekalkan tenaga seharian.mungkin itulah antara sebab kenapa sembahyang di subuh hari difardhukan Allah Ta'ala.

Hatta nabi s.a.w sendiri mensunnahkan untuk umatnya mendirikan qiamullail dan bermunajat di sepertiga malam.sungguh besar hikmahnya.segala yanh disunnahkan itu besar manfaatnya bagi jiwa yang sanggup mendengar dan memikirkannya.

P/S : do we let time lead us
Or
Or we lead the time?