Satu bangsa yang sering dikaitkan dengan kekayaan dan kegemilangan adalah bangsa cina.Bangsa ini sebenarnya cukup rajin.Jarang bangsa seperti ini dikaitkan dengan budaya lepak atau menggangu ketenteraman orang lain.
Kalau dalam bab jenayah sekalipun jarang kita dengar bangsa ini terlibat atau terbabit dalam jenayah kecil-kecilan.Semuanya tentang bangsa ini hebat.
Di pesta buku baru-baru ini banyak kelihatan buku-buku yang ditulis tentang rahsia bagaimana kejayaan bangsa ini dan apakah resipi disebalikan kehebatan bangsa ini dalam berniaga.
Mungkin kerana terlalu hebat akhirnya kita sebagai bangsa lain memilih untuk menjadikan mereka sebagai bangsa yang menjadi ikutan kita.
Tapi kita juga boleh melihat jenayah-jenayah besar yang banyak melibatkan duit yang besar-besar banyaknya melibatkan bangsa yang kita puja ini.Bila ada sindiket perjudian bangsa inilah yang terlibat.Tak apa, kita sudah kabur melihat kejayaan mereka
Satu rahsia tentang kejayaan mereka adalah kerana semua urus niaga mereka tidak perlu hirau akan halal atau haram.Itulah yang membuatkan mereka maju.Kalau halal maka halal lah.kalau haram maka haramlah.
Patut kita bersyukur dengan apa yang ada pada bangsa kita..Masih mengekalkan Islam sebagai Hidup kita selama ini.
P/S : Kenapa tidak mulai dari saat ini kita umumkan bahawa kehebatan bangsa kita adalah kita bangsa pengkaji kerana semua hendak kita kaji.Dari rahsia kejayaan bangsa lain hinggalah ke resepi masakan hendak kita kaji.Berbanggalah saudaraku
P/S :