Saat aku meminta pada tuhan
Aku tak pernah memikirkannya
Apa yang akan diberikan
Apa yang telah aku genggam
Dulu aku pernah meminta bunga
Bunga segar indah dipandang mata
Agar aku boleh melihat keindahan darinya
Agar aku boleh mencium harumnya
Aku juga pernah meminta
Rama-rama terbang merata
Agar boleh ku tatap serinya
Agar boleh ku pegang kehalusannya
Tapi tuhan beri aku satu bunga
Kektas berduri tiada harumnya
Tapi tuhan beri aku bukan rama-rama
Ulat bulu tak dapat ku sentuh jejarinya
Akhirnya aku terfikir
Kita semua selalu meminta apa yang kita mahu
Tambah pada apa yang kita ada
Bukan berkongsi bukan bersama
Tuhan bukan beri apa yang kita mahu
Tuhan cukupkan apa yang kita
PERLU
P/S : jangan tangisi nasib sendiri
Andai terkena kaktus berduri
Lihat pada darah yang menitis pada diri
Masih mengalir kerana oxygen hasil dari kektas berduri