23.5.11

Never Say Never

Ramai yang bertanya atau mungkin tertanya-tanya..kenapa aku begitu memandang tinggi bagi setiap sudut yang ku takrifkan sebagai persahabatan.Banyak yang berkongsi segalanya dengan sahabat..ada yang hanya mencari sahabat ketika susah dan tidak kurang pula ada yang hanya mencari sahabat ketika perlu kepada sahabat itu sendiri

Aku jenis manusia yang tiada jenis yang tertentu.Atau dalam erti kata lain aku kategori golongan manusia yang memang mudah untuk bersahabat.Tapi ada satu sifat dalam diriku yang jarang ditafsir oleh sahabat ku sendiri..keinginan untuk memenuhi atau mencukupkan keperluan sahabat ku sekeliling

AKu amat susah untuk mengatakan NO pada sahabat sekitarku.Jika perkara ini mampu menggembirakan mereka maka akan aku usahakan semampu yang boleh.Kerana bagiku harga sebuah senyuman dari sahabat sekelilingku.

Jawapanku mudah..kerana dahulu hajat atau keinginanku jarang dipenuhi.maka aku merasa asyik jika keinginan orang lain aku penuhi.

P/S : Kak Rozi : Kalau kita tolong orang,maka Allah akan tolong kita
Upin-Ipin : Betol betol betol