20.6.09

Resepi Spaghetti Vs Ambuyat




"nenek tak mahu... " suara nenek semakin lama semakin tinggi.Aziz hanya terdiam membisu.tiada apa daya lagi baginya untuk melawan kehendak neneknya.Aziz takut jika dia terlalu mendesak akan dikatakan sebagai cucu derhaka.Bagi Aziz dan Ziza nenek adalah segalanya.Ini adalah kerana sedari mereka dilahirkan sebagai pasangan kembar mereka tidak berkesempatan merasakan kasihnya seorang ayah dan ibu.Kedua orang tua mereka kembali menyahut seruan illahi sedari mereka kecil lagi.Nenek lah yang telah membesarkan mereka selama ini.Nenek juga lah yang bertanggung jawab memberikan mereka pendidikan hingga mereka berdua kini sudah bergelar seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal."mungkin betul kata nenek Aziz..biarlah nenek dirawat di dalam negeri ini saja" ujar Ziza dengan bersahaja sambil ekor matanya melirik ke arah neneknya."tapi Za..diluar negeri itu lebih bagus kepakarannya..lebih canggih segala mesinnya..nenek akan lebih selesa"jawab Aziz dengan nada yang sedikit tinggi."lagipun perbelanjaan berubat diluar negeri amat mahal kos nya,sedangkan didalam negeri pun setanding dengan kepakaran di luar!!!"teriak Ziza mempertahankan pendapat agungnya tentang negaranya sendiri.Aziz berdiri dari tempat duduknya sambil mengambil rokok dan menyalakannya "ah itulah..ini lah akibat nya kalau jarang bercampur dan melihat sendiri kehebatan di luar sana..Sampai bila hendak maju!! itulah..dulu dapat peluang belajar diluar negeri di tolak"Ziza hanya tersenyum sambil membaca sesuatu didalam telefon bimbitnya."Kita tidak semestinya mengagung-agung kan kehebatan luar aziz..kita dihantar belajar diluar bukan lah untuk membawa balik adat dan kehidupan mereka di luar sana balik kemari.tapi bawalah kehebatan mereka bersama-sama dengan kita supaya kita dapat memajukan lagi tamadun kita..bukan kita dihantar untuk menjadi mereka"Setelah lama nenek mendiamkan diri akhirnya nenek pun berdiri dan bersuara " Nenek cuma terseliuh kaki lah!! bila sudah di urut nanti insya Allah akan sembuhlah"