11.7.09

As one said...

=


"People know you for what you've done,not for what you plan to do"

9.7.09

Cara Melayu Vs Cheong Sam




"memanglah..kan sudah jadi satu kelaziman..kalau kita tidak tunjukkan kepada pelanggan..macam mana pelanggan hendak yakin pada kita"tegas Ahmad sambil membaca suratkhabar."Tapi Bang..bukan kah kita digalakkan untuk hidup dengan kesederhanaan?"Azri masih dengan keputusannya."huh itulah..dalam dunia bisnes ni azri..apa yang perlu adalah keyakinan.tanpa keyakinan...pelanggan tidak akan kekal lama..bayangkan..lepas saja kau memakai merc dihadapan pelanggan..semua pelanggan kau akan kagum dengan kejayaan kau"kata Ahmad lagi dengan nada yang cukup meyakinkan..Azri hanya terdiam membisu kerana mungkin juga ada benarnya kata-kata abangnya itu.Walaupun Abangnya bukan terlibat dalam bidang perniagaan namun Azri cukup menghormati abangnya."Beginilah Azri..kalau kau buat sesuatu bisnes itu biarlah sehingga berjaya.Alang-alang mandi...biar basah habis!!kau lihat bangsa lain..kebanyakkan nya berjaya dalam bidang perniagaan adalah kerana mereka berani mengambil risiko"Azri pun mencelah kata-kata abangnya "Bangsa lain berusaha dari bawah bang..HIngga mereka benar-benar berjaya barulah mereka mengubah kehidupan mereka..bukan ketika baru mula hendak berniaga..Lagipun saya baru hendak membuka perniagaan Kolam ternakan ikan air tawar bang.Apa kaitan nya kolam saya dengan merc bang??"tegas Azri dengan senyuman.

7.7.09

Wajah-Wajah Lara




Wajah-wajah sedih
wajah-wajah duka
wajah-wajah seksa
wajah-wajah lara

Aku duduk diantara wajah-wajah ini
aku berlari disebalik wajah-wajah ini
adakah wajah-wajah ini memanggilku
adakah wajah-wajah ini menjemputku

Disebalik wajah pilu
ada garis melintangi harapan
agar pilunya berhenti disitu
agar pilunya kaku di situ

Demi sebuah perjuangan
hakikat sebuah kehidupan
hitam putih perjalanan
aku ikutkan,aku ikutkan

Tanggalkan topeng wajahmu itu
Tinggalkan saja ia disitu
cari penamat dijalan buntu
ke pangkal jalan kita bersatu