16.11.09

Derita Ayam dan Kelasi Bahtera

Berada dalam kelompok manusia yang ramai membuatkan aku sedar aku siapa.
Aku dulunya bukanlah aku yang sekarang namun hidup tetap sama
Bertuhankan Allah Yang Esa.

Perintah dariNYA kita junjung
perintah dari manusia kita kalung
Perintah dari ketua kita lambung
Aku sedar Aku sedar

Bila Ayam sama-sama bertaji
Tinggal di asah dan diracuni
engkau bodoh
engkau sombong

Yang mati tersepit?
Pembuat-pembuat reban ayam
Tiada ayam yang hidup masuk ke reban
Tiada ayam yang mati untuk di makan

Inilah keadaan bilamana sebuah bahtera bernakhoda separas dengan Jurumudi haluannya
Dan aku sebagai kelasi?
Taat setia menjunjung perintah seperti dalam surah An-Nisaa ayat 59


(entri khusus pada yag khusus)

11.11.09

Level Tua Dan Label Muda

Dimanakah tempat yang paling sesuai untuk 'menegur' orang muda yang kurang berpengalaman ketika mereka sedang sepatutnya membuat kesalahan?

DI MANA-MANA TEMPAT PUN BOLEH HATTA DIKHALAYAK RAMAI SEKALIPUN!

Dimanakah saja satu-satunya tempat yang dapat 'menegur' orang tua yang kononnya berpengalaman dan sememangnya ternyata kesalahan?

HANYALAH DITANDAS KERANA LEVEL KITA SAMA SAJA DALAM TANDAS.SIAPA AWAL..DAPAT MASUK!!!KALAU AKHIR..TUNGGU QUE!!!!!