Fenomena yang sering kita temukan ketika ini ialah apabila melihat seekor(atau sekawan) anjing berkeliaran dan apabila hendak buang air kecil kemanakah tempat yang mereka tuju?jawapannya mudah...Tayar atau Flat lesen kereta.
Para saintis dan bijak pandai belum tau apakah punca kenapa tayar dan flat lesen kereta yang selalu jadi 'jamban sementara' buat mereka ini
Untuk orang yang memang tidak pandai dan tidak cerdik ini(AKU) mungkin fenomena ini berlaku kerana satu atau dua perkara..Pertama flat lesen adalah lambang pemilikan sesebuah kereta kerana tanpa flat lesen sesebuahy kereta itu tidak akan diketahui pemiliknya.Dan tayar pula adalah lambang kemegahan pemandu kereta tersebut..semakin jauh dan selalu ia melakukan perjalanan maka semakin nipis lah tayarnya..
Anjing adalah binatang yang suka memberikan tanda dikawasan jajahannya dengan menyiram tempat itu dengan air kencing nya..
...Dan juga sebab yang seterusnya...Anjing sudah tiada tempat untuk buang air kecil didalam hutan atau semak atau longkang kerana semua tempat itu telah di tawan oleh insan yang bernama MANUSIA yang tururt sama membuang air kecil di tempat itu
-kucing jarang dilihat membuang anak mereka yang baru lahir di dalam semak..kerana kebanyakan semak dipenuhi oleh bayi manusia
29.1.11
23.1.11
Getah Pemadam
hidup sering ku dengar di samakan dengan bermacam-macam benda..ada yang menyamakan dengan benda..ada yang menyamakan dengan makanan dan sebagainya..
Bagiku hidup umpama getah pemadam..bermanfaat jika digunakan..sesuai untuk menutupi kesilapan..boleh dijadikan perhiasan
tapi kalau selalu di gunakan akhirnya pemadam yang tebal pun boleh jadi nipis..itukah yang hendak dijadikan sebagai perisai?atau sekadar penutup kesalahan?
-kemana hilang beluncas(caterpillar) saat rama-rama muncul-
22.1.11
Hari Ini Dalam Sejarah
Sejarah telah membuktikan bahawa bangs India adalah bangsa yang memang rajin mengembara dan mencari makan di negara yang jauh dari negara mereka sendiri..Jika dikaji kebanyakan adat-adat kita adalah berasal dari adat hindu iaitu agama yang dianuti oleh kebanyakan India..
Dilihat pula masa sekarang..Kita boleh melihat mereka ada di mana-mana..
Makanan India pula cukup sinonim di alam melayu hingga ada yang menjadi kegemaran setengah lidah orang kita..
Patut kita contohi keazaman dan kegigihan bangsa ini..Datang negeri orang cari duit bukan buang duit..cari makan bukan jadi makanan.Hidup dengan tenteram bukan mengganggu ketenteraman.
-Fakta Menarik- KARI kepala ikan adalah makanan milik BANGSA apa?
kalau jawapan awda bangsa INDIA...maka awda SALAH
20.1.11
Monolog Sampah, Tandas dan seorang Haiwan Natik bernama aku
Aku pernah melihat semalas-malas manusia ada wujud dalam diriku..serajin-rajin manusia pun kadang-kadang singgah di dalam diriku..aku kadang terfikir malas mahu menulis lagi..tapi ada saja yang memanggil aku untuk terus melakar dalam blog ini..Bagiku blog ini adalah bakul sampah yang didalamnya hanya cebisan kata-kata yang mungkin cuma aku yang faham..atau kadang-kadang aku langsung tak faham..teruskan menulis..biar orang tak pernah melawat lakaran yang wujud di bakul sampah ini..sekurang-kurangnya ia jadi satu persinggahan buatku.
Terharu aku apabila aku melihat tandas..setia megah menerima kunjungan insan yang datang dengan satu tujuan.tidak kira no 1 atau 2 tapi hasilnya tetap sama..membuang yang buruk agar hidup jadi sempurna..Tandas mempunyai kelebihan dalam menukar perwatakan seseorang..sudah sampai saatnya tandas digelarkan sebagai 'the magic bowl' kerana raut wajah manusia yang masuk selalunya berbeza..sebelum masuk muka retak..setelah keluar muka bersinar..ketika didalam?wallahu A'lam..
ingat kata-kata itu..buang yang buruk agar jadi yang terbaik!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)