27.4.11

Ulat dan rezeki nya

Kelam kabut manusia bila hujan melanda..sana banjir sini berair..

Setiap orang keputusan rezeki.setiap orang jadi sangsi.setiap orang hampir pasti.tiada rezeki untuk masa hujan ini

Kelam kabut diri sendiri,berkata kata dengan suara sakti,bilakah hujan mahu berhenti

Ulat dalam batu punya rezeki,manusia angkat batu tak larat lagi,asal nama cari rezeki,ulat dalam batu pun ada rezeki.

Dalam samar jalan licin terkapar kapar masih ada yang prihatin

Bala bagi sebahagian yang lain
Rezeki buat insan yang pakai kain..

P/S ulat dalam batu boleh makan.Tapi manusia jangan ikut.
Itu makanan ulat.makanan manusia beli pakai sen!!!

Antara tugas dan tugasan

Setiap manusia diciptakan oleh yang Maha Pencipta mempunyai misi atau tugasan yang perlu diselesaikan sama ada secara individu atau bermasyarakat.Umpamanya tugasan menyempurnakan jenazah adalah tugasan yang dikategorrikan dalam status kehidupan bermasyarakat.Ertinya jika ada sebilangan didalam kelompok masyarakat itu sudah arif tentang keperluan menguruskan jenazah maka sudah memadailah.

Namun kita kena faham..bukan maksudnya jika terdapat sudah yang boleh mengurus jenazah maka yang masih lagi pandir itu tidak perlu untuk membuatnya.Kerana kita tahu sampai waktu ajal menjemput.Kita tidak dapat mengagak bilakah jangkahayat insan yang pandai menguruskan jenazah itu akan berakhir.

Jika terjadi kematian sanak saudara adakah kita akan turut serta menguruskan jenazahnya?atau jika ahli keluarga patutkah kita hanya "limbai tangan saja"? atau kita hanya mampu berkata: Kan sudah ada yang menguruskan .. uruskanlah ..(sambil mengupdate status FB memberitahu tentang kematian)

Seperti IT..Orang berumur akan dipandang mulia dan canggih jika tahu menggunakan kemudahan IT atau mungkin mempunyai akaun FB.. Tapi jika tidak pandai menguruskan jenazah?( menguis-nguis kaki sambil bersiul ala-ala scene Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Samalah dengan tugasan pejabat dan sebagainya..patutkah cuma insan baru saja yang disuruh belajar?disuruh bersusah payah dengan alasan kononnya yang lama sudah lebih lama membuat kerja itu..Namun apabila tugasan itu diserahkan pada yang lama apa jadi? MANA KU TAU NI!DULU BUKAN AKU YANG MEMBUAT!!!!!!

Semua jadi siput bila yang selalu buat kerja tak nampakkan muka..

Kisah Tadwin(pembukuan)kitab suci Al-Quran zaman Khalifah Othman Bin Affan kita jadikan renungan..Kenapa dibukukan?sebab takut KEHILANGAN!

P/s Bakul sampah ku tak pernah dikutip isinya oleh si tukan kutip
Dan aku faham kenapa..Dan aku lebih berhak mengutipnya sendiri

26.4.11

Kelebihan dan Kelemahan

Setiap kehidupan ada gelombang turun naiknya..sama seperti air yang ada masa pasang dan surut nya.seperti bulan yang ada terang dan malap sinarnya..seperti matahari yang ada terbit dan terbenamnya.kerana setiap sesuatu itu diciptakan ada kelebihan dan kekurangannya.

Pernah kah aku bermimpi berada disini pada hari ini?pernahkah engkau bermimpi bahawa aku yang selama ini berdiam akan berkata-kata pada hari ini?pernahkah aku dan engkau bermimpi bahawa perjalanan kita tidak terhenti disini?

Kini jilat kembali air ludah mu itu..kelak akan membinasakan dirimu sendiri..

P/S : Hijau daun sekelilingku takkan memadamkan kemerahan pandanganku terhadap mu.

23.4.11

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

21.4.11

Pertemuan di Tanah sebelah Tembok

2 hari aku berkampung di saru tempat yang dikatakan menyimpan semua jenis orang jahat..dari sekecil-kecil penjahat hinggalah kepada penjahat besar-besaran..

Biarpun bila di hitung debgan semua jari yang ada di tubuh ku tentang kekerapan aku kesana tidak tidak terhitung jumlahnya..kerana aku sering kemari..

Pernah jua ada wajah yang ku kenal dan tidak kurang pula ada wajah yang silih berganti menghiasi ruang tembok tinggi yang sukar untuk di tembusi..

Pengalaman pertama ku masihku ingat bila aku membayangkan bahawa mereka ini cukup antagonis dari sudut kehidupan dan tingkah laku..ternyata aku silap..

Manusia sebenarnya boleh berubah..asal ada pembimbing dan daya penekan yang cukup luar biasa dari semua pihak..

Disini juga aku berkenalan dengan hamba-hamba Allah yang sudah diberi peluang oleh pencipta untuk berubah..aku berjumpa dengan para wali-wali Allah yang diturunkan di muka bumi ini dengan bentuk penyamaran yang dalam..dengan tujuan dan harapan agar hamba-hamba lain yang kononnya sempurna ini dapat mencontohi mereka yang istimewa ini..

Disini juga aku berjumpa dengan wali-wali Allah yang mampu khatam 2minggu sekali biarpun masih merangkak dalam membaca kitab Allah..aku bertanya kembali pada diriku..dan aku tidak mampu untuk mengikut jejaknya..biarpun ku cuba..

Disini aku berkesempatan berjumpa dengan wali Allah yang tidak pernah tinggal sembahyang bukan saja wajib malahan sunat.tidak pernah tinggal puasa semenjak 7 tahun lalu..

Di sini aku berpeluang berkenalan dengan seorang mualaf yang bagi ku lebih Islam dari mukalaf yang lain.mendengarnya mengalunkan ayat-ayat Allah membuatkan aku jadi tersentak.terbayang kisah-kisah yang pernah didengarkan tentang bagaimana kasih dan sayangnya saidina abu bakar dan sahabat yang lainnya kepada rasul Allah.bagaimana rasul Allah membimbing mereka yang juga sebenarnya mualaf kerana baru memeluk Islam di hadapan rasul Allah..

Aku bertanya kembali pada diriku..adakah ini sebenarnya hidayah buatku.aku bukanlah pembimbing tapi aku lah yang patut dibimbing mereka..

P/s rahmat Allah datang ditempat yang tidak terduga
Teruskan pencarian hingga tanah jadi peneman setia

20.4.11

Melayu mengulang kisah lama

Tahap 1:
Mana aku tahu engkau mahu
Mana aku tahu apa yang engkau mahu
Mana aku tahu apa yang engkau cita
Yang aku tahu hanya ada aku dan kotak itu

Tahap 2:
Kau tahu apa yang aku mahu
Kau tahu apa yang aku minta
Kau tahu apa yang aku tahu
Aku tak tahu kau juga mahu

Tahap 3: (selepas beberapa tahun)

Kotak kecil itu ku lihatkan padamu
Agar kau dapat melihat keluar selain dari kotak yang itu
Kini kenapa kau ingin miliki kotak kecil itu
Sedangkan aku pun tak berniat untuk miliki kotak itu

Jangan sampai tergadai tanah melayu
Akibat hasrat yang melulu
Jangan sampai melayu bersengketa sesama melayu
Hanya kerana hasrat yang melulu

P/s kopi o takkan jadi air susu
Hanya dengan menyampur sabun buku

15.4.11

Tolak kali campur bahagi 1095 hari

Hari ini genap lah dalam sejarah
Genaplah dari hari aku mengangkat sumpah
Menanai kedaulatan agama negara dan maruah

Genap lah jua dalam sejarah
1095 hari yang penuh kisah
Berikan aku 1095 hari lagi
Ku harap aku masih gagah

Untuk bernaung untuk berdakwah

P/s terima kasih Allah
Rahmat darimu terlalu berlimpah

13.4.11

Aku Bodoh tapi aku tak LUPA

Ada orang lupa untuk berkata
Ada yang berkata tapi akhirnya lupa apa yang dikatakannya
Ada juga yang lupa siapa yang diperkatakannya
Tidak kurang juga ada yang lupa untuk jadi manusia

Bila ditanya aku pun kadang lupa
Memandang manusia bila ku berkata
Memandang manusia bila ku lupa
Tapi aku tidak pernah lupa untuk jadi manusia

Kita berbalah bukan mencari siapa yang betul
Kita berbalah mencari apa yang betul
Lihat bukan siapa yang mengatakannya
Lihat lah pada apa yang dikatakannya

Aku manusia biasa
Aku sudah pernah ada disana
Aku ada apa yang kau tiada
Aku tiada apa yang kau ada

P/S : art was not my life
Life is my art