28.4.10

BIntang malam


Pada dasarnya kau sering disebut sebagai antara ciptaan Illahi yang terindah
kau sering bercahaya antara yang sewaktu denganmu
kau bersinar kerana kaulah yang paling indah antara yang serupamu
kerana kaulah bintang malam yang sering ku tunggu

Ku pernah membayangkan kau terbit di waktu siang
ku pernah memikirkan andai kau diletakkan sebelah siang
apakah sinarmu masih digemilangkan?
apakah kau masih di gelar bintang malam?

Tiada yang mustahil bagi Allah
tiada yang berlaku tanpa pengetahuan Allah
Janji Allah adalah pasti
bukan janji tapi pasti

Hari ini sinarmu gemerlapan
malam ini sinarmu penuh keasyikan
Dan semalam aku menangis
aku tak sempat melihat sinarmu
kerana aku melihat sinaran yang lain

20.4.10

Tua bukan semestinya bertuah


Pernah dulu aku jadi yang kedua kerana mu,dari atas mata sampai bawah buku lali mu kaulah yang terhebat.kerana kau pernah menghirup udara panas sejuk 'air teh'..Dan aku hanya menyedari bahawa aku cuma mampu minum 'air suling' yang keluar dari perut bumiku tempat ku berdiri.Aku 'menghitung' abjad atas 'papan kayu'..Dan kau naik 'garuda' memandang kedaifan aku dari langit..

Dan kini kau meronta 'dilangit' kerana kau ingin singgah dibumi..Bila kau merunduk rendang 'pemandangan' dibumi sambil melihat 'unicorn' naik turun..

Kini apa sudah jadi?Kini apa sudah jadi?

Kini aku sudah mula belajar minum air pakai 'gelas'
kata orang lebih tidak 'membazirkan'
Dan kau??
menunggang 'unicorn' bersenang lenang

17.4.10

Angin malam




Hujan yang turun bagaikan mutiara

alunan lagu yang sering ku dengar
Dan malam ini ia jadi kenyataan
banyak yang menyesali
tapi bukan aku

-aku redha-

15.4.10

Ganjil 730


aku masih di sini..untuk hari yang ke 730
walaupun aku belum pasti sama ada aku masih wujud
disini untuk hari yang ke 1095 namun
pada ketika ini aku akan bertapak lama disini
kerna seseorang..

-Tiada yang pasti melainkan matahari terbit-

14.4.10

Bukan Umpama Red Indian Timur


Aku sering bertanya
kadang aku mengembara
hanya untuk menyelami asal usul kita
yang akhirnya membawaku ke Tanah sebelah sini saja
Aku bukan lah lupa pada asal ku
aku bukanlah tak kenal siapa bangsaku
namun aku selalu lupa
bahawa masih ada yang lupa siapa bangsanya


Kita ada bangsa sendiri
kita punya nilai tersendiri
namun aku selalu lupa
bahawa masih ada yang lupa siapa bangsanya


Pengaruh?
bukan jadi alasan
Kecanggihan?
Tidak aku nafikan
Kuasa?
memang aku pertikaikan


Bangsa kita bangsa berketuanan
terlalu banyak udah kita kongsikan
bahtera kita dulu sebesar taman
kini tinggal sekecil tapak semaian
atau kita ingin jadi umpama RED INDIAN TIMUR?

Ambil Pengayuh,Marilah....


Akhirnya
setelah 4 musim kau redah
kita dipertemukan semulaAdd Image
oleh yang maha pencipta

Tahniah
semoga persahabatan ini
kita bawa sampai kita terlelap
di bawah batu nisan
-Akhirnya kita dalam perahu yang sama bro-

10.4.10

Merah jauh dan Satu Enigma


Setelah kian lama aku menunggu 'atas haribulan' sebuah blog kegemaran ku..akhirnya penulis yang memang mahir dalam penulisan itu pun meng 'atas haribulan' blog nya..terima kasih kawan.kata-kata mu selalu menghiasi fikiran-fikiran manja ku..Dan kini kau kembali bernafas..


Kalau kau seorang penulis
kau mesti menulis lagi
meski katamu kau akan berhenti
aku pasti,kau menulis lagi
walau bukan disini
di mana-mana pun akan pasti
penulis menulis lagi
tinta mu setajam pedang
lembaranmu seluas bendang
penilaianmu setangkas helang

terima kasih faridazlan.blogspot.com

-bila melayu hilang kuasa di tanah mereka-Satu Enigma-