22.5.11

Jangan hidupkan kenangan

Dalam kepayahan aku menggumpulkan kudrat agar aku masih bisa merangkak..dalam kesukaran aku menyusun atur kembali kepingan "puzzle" yang selama ini mengganggu hidup ku..

Semakin ku temukan jawapan semakin aku jauh dari gangguan itu.hidup perlu kesedaran..sedar bahawa kita perlu hidup kerana kehidupan perlu diteruskan..

Setiap sesuatu yang datang membawa aku ke hadapan.membawa aku ke alam yang ku gelar sebagai akan datang.jauh meninggalkan masa silam..jauh meninggalkan segala kesombongan masa muda.

Tapi aku akur..kadang-kadang aku tersungkur dalam merenangi lautan kenangan..ah sudahlah..hidup mesti diteruskan..kerana hidup adalah perjuangan

P/S :The fact that life has no meaning is a reason to live - moreover, the only one.

21.5.11

Demi masa dan waktu tidur yang kurang

Setiap dari kita mesti pernah mendengar bahawa setiap yang bernyawa perlu cukup tidur setiap hari..tidur sekurang kurangnya 6 atau 8 jam sehari.tujuannya mudah.agar dapat rehat yang secukupnya agar boleh menghasilkan produktiviti atau kreativiti ke tahap yang tertinggi.

Itulah menurut kajian para saintis barat.manusia ada 24 jam sehari dan dibagi pada 3 perkara.8 jam untuk berkerja kemudian 8 jam untuk berehat setelah berkerja dan 8 jam lagi untuk tidur.inilah kajian mereka

Tapi ada jenis manusia yang jika tidur lama akan merasa lemah dan hanya perlu kepada tidur 2 atau 3 jam saja (termasuklah diriku yang insomnia)

Aku akan merasa letih jika cukup tidur!inilah jadi kehairanan.kadang hingga sampai 2 atau 3 hari aku tidak tidur dan merasa segar dan bermaya untuk berfikir(biarpun kemampuan ku berfikir hanya pada tahap lebih dari rendah sebenarnya)

Ketika aku berkelana dan berpetualangan dibumi seberang dimana aku telah kuliah d pesantren,kami mula bangun sebelum jam 3am seterusnya berkuliah dari 3am hingga 9malam dan tidur semula jam 12am.yang hairannya semua santri(murid pesantren) sihat sihat belaka.setelah dikaji rupanya oksigen yang ada pada subuh hari amat tulen(pure) dan membekalkan tenaga seharian.mungkin itulah antara sebab kenapa sembahyang di subuh hari difardhukan Allah Ta'ala.

Hatta nabi s.a.w sendiri mensunnahkan untuk umatnya mendirikan qiamullail dan bermunajat di sepertiga malam.sungguh besar hikmahnya.segala yanh disunnahkan itu besar manfaatnya bagi jiwa yang sanggup mendengar dan memikirkannya.

P/S : do we let time lead us
Or
Or we lead the time?

19.5.11

Adrenalin Junkies

Memang sudah jadi tabiat manusia untuk memilih jalan yang susah kerana motto kehidupan masing-masing.Atau bagi sebilangan orang bahawa sesuatu yang terlalu sukar itu lebih mendatangkan adrenalin.

Dan setiap yang senang atau terlalu senang itu dipandang remeh dan ringan kerana tiada membawa sebarang kerunsingan atau apa-apa yang memerlukan daya ketajaman intelek seseorang.

sebenarnya bukanlah sesuatu yang indah itu diukur akan kesusahan menggumpul material nya atau sebagainya.Namun sebaliknya sesuatu yang indah dapat di hasilkan dari material yang senang.Asalkan kita tahu cara untuk menjadikan sesuatu yang "simple" itu menjadi indah dan menarik.

Kita sayang pada sesuatu yang susah untuk dimiliki
dan akhirnya menyesal kerana mengambil mudah setiap apa yang dimiliki
"Take something for granted"


P/S: its not about the words that u use
BUT HOW U USE THE WORDS

18.5.11

My privilege

It is a privilege - to know you, to share myself with you, and to walk together on the paths that take us in so many beautiful directions.

When I am with you, I know that I am in the presence of someone who makes my life more complete than I ever dreamed it could be. I turn to you for trust, and you give it openly. I look to you for inspiration, for answers, and for encouragement, and you lift my spirits up and take my thoughts to places where my troubles seem much further away and my joys feel like they're going to stay in my life forever.

P/S : Hope you stay forever..

17.5.11

Kotakkecildanruangkehidupansekelilingnya

Bilaadaorangmengatakanitusebenarnyasukaakumengatakanbahawaituhanyalahrasabiasa
Bilaadaorangmengatakanitusebenarnyasayangakumengatakanbahawaituhanyalahsuka
Bilaadaorangmengatakanitusebenarnyasukaakumengatakanbahawaitumungkincinta
Bilaadaorangmengatakanitusebenarnyacintaakumengatakanbahawaituhanyalahsayang

Susahuntukmenerangkanpadamanusiabahawaitubukanlahcintabiasa
malahitulebihberhargadaricintalebihbernilaidaricintalebihindahdaribiasa
kalauakuditanyasekalipunjawapanyanghanyamampukuucapkanadalah
lebihdaribiasabukansepertiselalunyamasiihbelumdapatkuterangkannya

Itulahkeindahankotakkecilku
sesuatuyangbukanmudahditafsir
bukanmudahdigambarkan
tapimudahmengertikanaku

maafakuterlalubersikapmenjaga
maafakuterlaluberprasangka
akuhanyaterlaluberjagajaga
keranakuanggapkotakkecilakuyangpunya

P/S:Manusiaperlukanruangagardapathidup
danmemahamiapayangdibawaolehkehidupan
kitaperlukanruanguntukbernafasdanhidup
sepertikitaperlukanspacedalampenulisan



16.5.11

selamat ultah seni-gila

12 mei yang lalu genaplah setahun umur blog temanku.seni-gila atau MAD-ART kepada orang yang belum terdedah dengan gelumang seni akan menganggap blognya sebagai satu yang biasa saja.Namun bagi pencinta seni blog nya itu banyak melahirkan idea-idea bernas untuk berkarya.Selamat Ulang Tahun buat blogmu sahabat.Genap satu tahun kau berkarya secara 'BLOGGING' tapi kau tetap ganjil sahabat.Teruskan perjuangan..

seni-gila.blogspot.com

P/S jangan pernah berhenti menulis
kerana akhirnya akan berhenti berfikir
jangan pernah berhenti berfikir
kerana akhirnya akan berhenti hidup
Jangan pernah berhenti hidup
walau hanya sesaat
kerana itu impianmu

12.5.11

Tarikh ini 30 tahun yang lalu

Hari ini 30 tahun yang lalu bergema lah tangisan seorang anak kecil yang baru lahir bagi sebuah keluarga..anak ke 3 setelah abang dan kakaknya akhirnya diberi nama ***** bukan atas kemahuannya tapi atas kemampuannya.semoga Allah terus memanjangkan umurnya dan keluarganya serta orang-orang yang hidup sekelilingnya.Semoga Allah tetap merahmatinya..AMIN

P/S kenal dunia belum tentu mengenali dunia nya yang ENIGMA