9.7.09

Cara Melayu Vs Cheong Sam




"memanglah..kan sudah jadi satu kelaziman..kalau kita tidak tunjukkan kepada pelanggan..macam mana pelanggan hendak yakin pada kita"tegas Ahmad sambil membaca suratkhabar."Tapi Bang..bukan kah kita digalakkan untuk hidup dengan kesederhanaan?"Azri masih dengan keputusannya."huh itulah..dalam dunia bisnes ni azri..apa yang perlu adalah keyakinan.tanpa keyakinan...pelanggan tidak akan kekal lama..bayangkan..lepas saja kau memakai merc dihadapan pelanggan..semua pelanggan kau akan kagum dengan kejayaan kau"kata Ahmad lagi dengan nada yang cukup meyakinkan..Azri hanya terdiam membisu kerana mungkin juga ada benarnya kata-kata abangnya itu.Walaupun Abangnya bukan terlibat dalam bidang perniagaan namun Azri cukup menghormati abangnya."Beginilah Azri..kalau kau buat sesuatu bisnes itu biarlah sehingga berjaya.Alang-alang mandi...biar basah habis!!kau lihat bangsa lain..kebanyakkan nya berjaya dalam bidang perniagaan adalah kerana mereka berani mengambil risiko"Azri pun mencelah kata-kata abangnya "Bangsa lain berusaha dari bawah bang..HIngga mereka benar-benar berjaya barulah mereka mengubah kehidupan mereka..bukan ketika baru mula hendak berniaga..Lagipun saya baru hendak membuka perniagaan Kolam ternakan ikan air tawar bang.Apa kaitan nya kolam saya dengan merc bang??"tegas Azri dengan senyuman.

7.7.09

Wajah-Wajah Lara




Wajah-wajah sedih
wajah-wajah duka
wajah-wajah seksa
wajah-wajah lara

Aku duduk diantara wajah-wajah ini
aku berlari disebalik wajah-wajah ini
adakah wajah-wajah ini memanggilku
adakah wajah-wajah ini menjemputku

Disebalik wajah pilu
ada garis melintangi harapan
agar pilunya berhenti disitu
agar pilunya kaku di situ

Demi sebuah perjuangan
hakikat sebuah kehidupan
hitam putih perjalanan
aku ikutkan,aku ikutkan

Tanggalkan topeng wajahmu itu
Tinggalkan saja ia disitu
cari penamat dijalan buntu
ke pangkal jalan kita bersatu

27.6.09

Elergi Sebuah Keperitan











Bahana pertempuran
bahana percaturan
kami kau jadikan tebusan
kami kau jadikan tawanan


Dulunya bumiku subur makmur
dulunya sungai ku bersih jernih
kini kau calarkan kesemuanya
kau jadikan kubur

Bukan saja jasad yang kau kubur
atau anak bangsaku yang telah gugur
cita-cita mereka pun kau hancur
matlamat mereka habis bertabur

Kini apa yang kau dapat?
sanjungan?pujian?
atau mungkin tohmahan?
satu kesilapan?

Palestin,Afghanistan,Iraq dan Iran
Kami berjuang bersama mu
Rela rebah sujud dikaki sendiri
daripada berdiri dilutut ini




25.6.09

Ditengah Lorong 2 kepastian




Dalam hiba ada tangisan


Dalam duka ada tangisan


dalam riang ada tangisan


dalam hampa ada tangisan




Dalam tangisan ada kehibaan


dalam tangisan ada kedukaan


dalam tangisan ada keriangan


dalam tangisan ada kehampaan




Aku berdiri ditengah lorong tangisan


memandang satu sinar yang terang dihadapan


lorong inilah saja tempat ku mampu berdiri


lorong ini sajalah yang mampu jadi saksi




Aku keliru


dalam riang ada tangisan


aku celaru


dalam tangis ada keriangan




Ku lihat dikiri tangisan


ku toleh kekanan keriangan


pandang ke atas ada tawa


pandang kebawah ada duka




Ini kah yang digelar karma


atau mungkin digelar hikmah


aku masih saja tegar di situ


aku masih saja utuh di situ




Kalau itu karma tunjukkan aku


kalau itu hikmah tawanlah aku


kalau itu sudah jadi penentu


kembalikan aku kepada asal ku

22.6.09

Pesan Ayah




prapp!!!sekali gus tergambar kenangan lama mereka berdua ketika masih belum mampu menguruskan diri sendiri lagi.terngiang-ngiang di telinga mereka akan pesanan ayah mereka.Sebiji demi sebiji ayat nasihat ayah mereka seperti melintasi minda mereka di ketika ini."ingat nak..walaupun macam mana sekali pun lapar kita..hatta nyawa di hujung dada..bila makan kita mestilah beradab..jangan sekali-kali gelojoh atau pun tamak".Kata-kata hikmah itu sebenarnya menjadi pegangan dan panduan dalam kehidupan mereka selama ini.Tapi apa kan daya.Hentakan hidup selama ini menjadi-jadi.Hingga mereka lupa akan azimat dan kata-kata panduan yang selama ini menjadi pegangan mereka.Oleh kerana kelaparan,Joe dan Tino akhirnya memilih satu jalan yang akhirnya membawa kepada penyesalan.Mereka berebut-rebut menikmati hidangan yang tersedia percuma dihadapan mata mereka.Dengan lahapnya mereka menikmati juadah yang tersedia.Biarpun kurang lazat,namun atas desakan kelaparan mereka akhirnya akur.Segala nasihat ayah mereka dilupakan dengan begitu sahaja yang akhirnya membawa seribu penyesalan di dalam hidup mereka...prapp!!"Kurang ajar punya LALAT..pantang ada peluang mesti menghurung...Padan muka kamu!!!"Pak Abbas pun berlalu sambil menggaru belakangnya dengan pemukul lalat di tangan nya.