Monolog seorang hamba dengan pencipta
Monolog berfungsi sebagai ekspresi seni mempunyai kelebihan-kelebihan, iaitu dapat mempengaruhi, melengkapi, dan memperkaya pemahaman seseorang terhadap lingkungan, sosial, politik, agama, budaya, falsafah, dan kreativiti seni. Untuk itulah monolog harus mempunyai kemampuan memberikan pemahaman kreatif secara sehat sesuai alam persekitaran. Seorang aktivis teater akan sulit mengekspresikan dirinya dalam bermain monolog jika tidak mampu berkomunikasi dengan alam persekitarannya.. Untuk mengekspresikan diri dalam bermain monolog, seorang pelakon harus mampu memahami, menggali, meresapi, dan memikirkan kehidupan alam persekitarannya disamping harus berlatih secara terus menerus. Oleh kerana itu pemahaman terhadap seni sastera iaitu drama monolog perlu ditumbuhkan sebagai salah satu cara memahami kekayaan budaya dan kefahaman tentang penghayatan sebuah kehidupan.Monolog itu adalah sesuatu yang hidup agar dapat menghidupkan lakunan agar nampak sebagai sebuah tontonan kehidupan ketika ia dipertontonkan
No comments:
Post a Comment