31.8.09

Ku perlu epal

Aku perlu sesuatu
aku mahu sesuatu
yang mampu mencetus
sesuatu yang baru

aku perlu
aku mahu
kerna aku
benar perlu

perlukah aku pada epal?
gugur atas kepala NEWTON
terus dapat jadi pelopor
kewujudan sesuatu yang bernama gravity

gugurlah ke atas kepala ku
agar aku bisa bernafas
bukan define gravity yang ku mahu
tapi sesuatu yang baru

atau mungkin...
aku patut kembali pada Al-Quran

No comments: