Masa ini banyak orang memperkatakan tentang bahasa.Banyak yang lebih fasih berbahasa Inggeris.Itu sudah kira bagus.Akhirnya bangsa kita sudah sedar akan kepentingan menguasai bahasa selain bahasa kita.
Tapi apa yang aku rasa janggal ialah bilamana anak-anak kecil hanya dibiasakan berbahasa inggeris.Mungkin para ibubapa mahu anak mereka kedengaran canggih atau moden.
Ini sudah kira bagus.sebab diantara punca kemajuan itu adalah dengan menguasai bahasa selain bahasa melayu.aku suka.namun apakan daya aku kurang fasih berbicara bahasa Inggeris.Tak apa,aku boleh belajar..(memujuk Hati)
Tapi kalau sudah sampai tidak tahu berbahasa melayu?Anggaplah aku kolot.anggap lah aku hina kerana tidak fasih berbicara Inggeris..
Tak salah kita berkongsi bahasa di bumi sendiri..asal jangan lupa bahasa sendiri atau memandang rendah martabat bahasa sendiri.
ps: Biar pun kita tak tahu berBAHASA Inggeris
Tapi kita pandai berbudi BAHASA
No comments:
Post a Comment