21.2.11

Cendikiawan vs ilmuwan

Sebenarnya telah lama aku mengilhamkan entri ani tapi apakan daya masa cuma ada 24 jam sehari dan aku tepaksa membahagikan kepada beberapa bahagian.

Dulu aku pernah berbincang tentang dengan seorang cendikiawan bebas tanpa ikatan akan maksud sebenar pemberian separuh harga.Dia berpendapat bahawa semuanya itu tidak wujud memandangkan apa yang di beri itu adalah dimilikinya.

Bayangkan dalam sebuah kebun epal ada 5 orang pekerja.Tiap hari pekerja boleh membeli buah epal tersebut dengan harga pemberian separuh harga iaitu 50sen.Sedangkan harga bagi sebuah epal yang boleh dipetik dan dimakan bernilai 1.00 ringgit.Itulah diantara keuntungan sebagai pekerja dikebun tersebut.cuma perlu bayar separuh sedangkan orang lain terpaksa membayar 1.00ringgit.

Cendikiawan bebas tanpa ikatan memberi bayangan bahawa keistimewaan harga separuh itu tidak wujud kerana kebun itu dimiliki oleh pemilik mutlak kebun tersebut.

Aku jadi keliru dengan penerangannya.biarpun susah untuk ku menerima pendapatnya itu tapi aku akur..kerana ilmuku belum sampai kesana.aku hanya tau mengira dan membaca mengikut keperluan sahaja.tidak lebih,mungkin kurang.

Akhirnya aku berjumpa lagi dengan seorang ilmuwan yang banyak pengalaman dari sudut yang berbeza.seorang yang lebih matang dari usianya sebenar.seorang yang sudah masak dengan kehidupan namun masih kakinya berpijak dibumi tanpa ia perlu menyukat langit agar ia mampu kesana.

Katanya mudah,menarik dan aku terkesan dengan kata-katanya.

Kau kena ingat..segala baja, mesin, racun rumpai dan sebagainya pemilik yang tanggung kosnya.dia yang punya belanja bayar segala-gala kos pengeluaran.

Hanya dengan kata-katanya yang sikit boleh membuka mindaku dengan seluasnya.Agaknya ini lah yang di gelar sebagai manusia berilmu.Tidak sombong dengan katanya.Tidak panjang dengan bicaranya.namun membuka seribu jendela minda.

Terima kasih Merah Jauh..

P/s : Biar engkau hebat sampai jejak kaki kebulan..ingatlah..dari bumi segala jentera yang menyokongmu itu digerakkan..

No comments: