5.5.11

Kaya atau cukup?

Setelah sekian lama(terlalu lama) tidak memandikan vee akhirnya aku memandikan nya hari ini.terasa sangat kotor diri ini agaknya(kata hati vee kepadaku)

Aku sampai disini melihat anak bangsaku sendiri bekerja sebagai pencuci vee.permulaannya aku sendiri kurang yakin akan kesungguhan mereka dalam berkerja.ah mungkin ini lah yang pertama dan terakhir aku meminta khidmat cuci mereka disini.

Akan tetapi aku terkejut dengan apa yang ku lihat.bukan lah semangat atau ketekunan mereka yang ku maksudkan.jauh sekali kebagusan perkhidmatan.akan tetapi yang aku terkejut melihat salah seorang pekerja mereka yang sedang lapar menikmati nasi bungkus nya sambil berkongsi dengan beberapa ekor kucing liar disekelilingnya.

Mulia sungguh hati insan ini.biarpun gaji sedikit(aku faham)namun masih mampu mengongsikan dengan makhluk lain!terdetik di hatiku inilah antara contoh insan yang benar-benar mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkongsi biar sedikit mana pun reZeki itu

Semoga Allah memberkati mu wahai orang yang tidak ku kenali

P/S ya Allah pinta ku hanya cukup kan lah aku
Bukan ku pohon kayakan aku..cukup keperluan dan segala-galanya..Amin

No comments: