Merenung kembali pada kapsul masa yang telah pergi yang sering dikatakan bahawa tidak mungkin akan kembali akan tetapi sebenarnya besar kemungkinan akan kembali tapi bukan dengan cara terbaik untuk di ingati tetapi kembali menghantui.
Andai ia satu memori yang indah maka hadirnya sudah pasti menggamit satu senyuman yang ganjil dalam hati.meniti dibibir kering yang selama ini tidak menampakkan apa-apa kemungkinan yang hadir singgah dalam hati
Andai ia satu memori yang buruk sepantas kilat ia akan menghantui bagi jiwa-jiwa yang telah lama tenang dari sebarang harapan yang meruntun ke dalam sanubari yang telah kering dengan ingatan.
Andai ia satu memori yang indah untuk dilalui tetapi buruk untuk di ingati maka ia akan di jadikan sebagai satu persinggahan yang akan di simpan di dalam lipatan sejarah sebagai satu jambatan rapuh yang hanya dapat dilihat dari jauh tapi bahaya untuk dilalui di kemudian hari
P/S: Memori bukan lah satu yang boleh di ubahsuai atau dilupai sesuka hati
bukanlah satu yang berguna untuk dirindui
bukanlah satu yang manis untuk diingati
tapi untuk dilalui dan dihadapi
Bila gelap ia hadir...walaupun diusir
Bila terang ia hilang...walaupun diundang
No comments:
Post a Comment