11.5.11

Izin Illahi

Di beri nafas lagi
diberi nadi lagi
untuk aku bernafas
untuk aku bernadi

Aku masih lagi menunggu
izin dari illahi

P/S : here come the BIG 3

6.5.11

Pilihan ditangan AWDA

Apabila terlalu banyak perkara untuk diceritakan(lebih kepada untuk dimarahkan sebenarnya) atau diluahkan akhirnya aku memilih untuk berdiam diri atas alasan tidak tahu cerita yang mana satu hendak diluahkan

P/S : hidup ini terlalu indah untuk dirosakkan dengan perasaan marah

5.5.11

Kaya atau cukup?

Setelah sekian lama(terlalu lama) tidak memandikan vee akhirnya aku memandikan nya hari ini.terasa sangat kotor diri ini agaknya(kata hati vee kepadaku)

Aku sampai disini melihat anak bangsaku sendiri bekerja sebagai pencuci vee.permulaannya aku sendiri kurang yakin akan kesungguhan mereka dalam berkerja.ah mungkin ini lah yang pertama dan terakhir aku meminta khidmat cuci mereka disini.

Akan tetapi aku terkejut dengan apa yang ku lihat.bukan lah semangat atau ketekunan mereka yang ku maksudkan.jauh sekali kebagusan perkhidmatan.akan tetapi yang aku terkejut melihat salah seorang pekerja mereka yang sedang lapar menikmati nasi bungkus nya sambil berkongsi dengan beberapa ekor kucing liar disekelilingnya.

Mulia sungguh hati insan ini.biarpun gaji sedikit(aku faham)namun masih mampu mengongsikan dengan makhluk lain!terdetik di hatiku inilah antara contoh insan yang benar-benar mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkongsi biar sedikit mana pun reZeki itu

Semoga Allah memberkati mu wahai orang yang tidak ku kenali

P/S ya Allah pinta ku hanya cukup kan lah aku
Bukan ku pohon kayakan aku..cukup keperluan dan segala-galanya..Amin

When I beLIEve my eye

Waiting for some light at the end of the tunnel
Hoping that there is an escape route eventually
Wishing as the days goes by
That life will be normal as before

When a person living in lie for such a long time
The soul actually dying inside
Now,he himself cant differentiate
Is it the truth or just another lie

Now the master of lie is going to use his most ultimate n last weapon of lie
-- To tell the truth!--

P/S telling the truth is
D best LIE

3.5.11

Mari belajar ilmu Matematik

kalau dihitung dicongak dikira dibahagi sekalipun belum tentu dapat jawapan yang memuaskan.
Osama di bunuh atas dasar Osama dituduh menjadi dalang bagi pembunuhan yang belum tentu diketahui siapakah empunya kerja..

Tapi dalam usaha untuk membunuh Osama akhirnya beberapa buah negeri telah diserang,kehormatan penduduk wanitanya dicabul,kettenangan warga emasnya disembelih sewenangnya,taman permainan anak-anak kecilnya dijadikan medan selera pertumpahan darah.

Dan jika dikira semula siapa yang lebih banyak mengorbankan nyawa manusia?
berapa ramai anak kecil kehilangan ibu bapa?

Tapi tak apa..konon atas dasar kemanusiaan!!!!!!

Benarlah seperti lirik lagu 'peace n harmony' (aziz haron)
We can save lives times a million
What We're Doing kills a billion
Create a new Civil-Eyes-ation
With this Action you shall

P/S : Perbezaan Obama dengan Osama hanyalah pada huruf S dan B sahaja

2.5.11

This time it was action..After a Few Talking

(sambungan).....serangan yang ditujukan akhirnya mengakibatkan kematian anak dan beberapa orang cucu ghadafi..pemimpin libya yang dikatakan banyak menghisap dan membunuh darah pejuang yang datang dari arah bertentangan.

Ghadafi cuma mempertahankan apa yang dianggapnya betul selama ini.

Dan pihak NATO pula mempertahankan apa yang di gubal oleh sekutu rapat mereka sendiri dan DISALAHGUNAKAN oleh mereka sendiri

Dalam salah satu konvensyen GENEVA mengenai protokol atau garis pandu peperangan(perang pun ada garis pandu?umpamanya sebelum melintasi musuh kena tunduk dulu?)dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang tua,kanak-kanak dan perempuan/wanita adalah dilindungi ketika perang

Dan berita yang telah disampaikan itu mengatakan bahawa pihak NATO sememangnya mensasarkan rumah ghadafi bagi 'air strike' itu bagi memaksa beliau untuk keluar dari persembunyiannya atau untuk memaksa beliau untuk mati(pastinya)..Dan dihujung berita itu...(bersambung dengan awal pembukaan entri)

P/S Mana-mana negeri pun ada kecoh.
tapi tak perlu negeri lain ikut menangguk di air keroh

Independent was not GIVEN
It was TAKEN


KEREK

Lama sudah perasan
Lagak lu yang berangan
Terpacak hidung tinggi
Mata jadi jelik

Bukan nak bikin kecoh
Tapi lu perlu tunduk
Pada pailang yang mula bertapak di sini

Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Takkan la tak perasan
Jika nak dibandingkan
Kita berdua berdiri tidak sama tinggi

Jangan sampai dilihat
Gelagat tak kena tempat
Orang lama berpesan
Jangan lawan tuan

Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua

Jangan melawan
Jangan melawan brader
Nanti gua kasi lu

Jangan melawan
Jangan melawan brader
Gua harap lu makan saman

Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak
Gua cukupkan yang kurang ajar

Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua