12.5.10

Setelah 29 tahun



sejarah telah membuktikan ke mata dunia
tepat 6.20 petang
lahirlah seorang insan ke dunia ini

Tatkala Azan dikumandangkan ke kanan dan kiri telinganya
maka terpahatlah secara rasminya kalimah Tauhid memuji kemuliaan NYA
antara anugerah terindah dari salah satu kuasa NYA

Hidupnya sederhana
kerana kekurangan itu adalah
kesempurnaan bagi dirinya

Dan Akhirnya
setelah 29 tahun berlalu
dia mula mengembangkan sayap patah nya

Hari INI dalam SEJARAH 12 MEI


Setelah menunggu izin dari tuhan
akhirnya tuhan memakbulkan
aku masih bernafas

TERIMA KASIH BUAT SEMUA

11.5.10

Menunggu Izin Dari TUHAN


Aku masih menunggu Izin dari TUHAN..
Agar aku masih boleh mengharapkan keizinan seterusnya
Agar aku masih mampu berdiri



5.5.10

Selamat Hari Lahir ArtixZ


Happy Birthday Dowh..
semoga panjang segala-galanya
Dari umur rezeki dan apa yang tidak dapat digambarkan kata-kata
Kepada kawan-kawanku yang single
siapa mau kawanku ani gtau sja
ia single ni tapi ramai yang minat ia
hahahahahahaha
Happy birthday bro

30.4.10

Sudut Pandang

Banyak yang bertanya kenapa aku suka pada kesenian
jawapanku sebenarnya aku suka pada keindahan

Banyak yang bertanya kenapa aku suka pada misteri
jawapanku sebenarnya hidup ini bukan satu yang pasti

Banyak yang bertanya kenapa aku suka bermadah
jawapanku sebenarnya aku kah yang bermadah

Banyak yang bertanya kenapa aku suka berpuisi
jawapanku sebenarnya puisi juga adalah doa dari hati nurani

jawapanku sebenarnya puisi juga adalah doa dari hati nurani
Banyak yang bertanya aku tidak terus berdoa seperti orang lain

jawapanku sebenarnya aku kah yang suka bermadah
Banyak yang bertanya kenapa aku tidak mengendah seperti orang lain

jawapanku sebenarnya hidup ini bukan satu yang pasti
Banyak yang bertanya kenapa aku tidak menyingkap misteri seperti orang lain

jawapanku sebenarnya aku suka pada keindahan
Banyak yang bertanya kenapa mesti kesenian

Sebenarnya apa yang penting ialah bagaimana sudut pandang tafsiran seseorang

Dan juga kerana.............


KERANA AKU BUKAN ORANG LAIN!!!!!!!

29.4.10

terima kasih butang EDIT




Kerap kali kita menangisi nasib..sampai ada yang lupa bahawa kita sebenarnya wajib beriman pada Qada' dan Qadar.Maksud beriman ialah mempercayai sepenuhnya segala sesuatu itu datangnya dari Allah.Namun Allah tetap memberi peluang kepada hambanya untuk mengubah nasib mereka sendiri.Hidup kita sebagai manusia beraqidah.

Banyak yang menangisi nasib sendiri.Kenapa hanya aku?kenapa bukan dia?serta seratus ribu tujuh puluh tiga alasan lain..Itulah yang sering diluahkan.

Aku akui..dahulunya aku pun begitu..aku datang dari keluarga yang kurang sedikit dari berkemampuan.segala-galanya terpaksa dihitung,dinilai..sebelum di pertimbangkan dengan wajar.

Mungkin pada zamanku dulu nilai bagi sebuah keseronokan itu memerlukan segala-galanya.
Melihat orang lain bergembira di usia sebayaku makan aiskrim sambil tertawa.sedang aku hanya melihat dari jauh sambil memohon simpati agar dapat sejilat dua dikongsikan.

Bila basikal jadi trend zaman ku..Nilai basikal pada masa itu mungkin seperti iPhone pada masa ini.aku tidak mampu.hanya melihat saudara terdekat dan teman sepermainan melahap keasyikan naik basikal dengan riangnya.

Apa yang dapat ku katakan?melainkan hanya meminjam sedikit keseronokan dari sesuatu yang hanya dapat ku angankan.ingin minta basikal?pernah sekali aku bersuara namun jawapannya tetap hampa.Bukan atas dasar aku hampa kerana tiada kemampuan.Namun orang tuaku yang hampa kerana tidak mampu memberikan apa yang aku hajatkan.Hendak menyuapkan makanan pun belum tentu dapat ditunaikan.

Kalau segalanya itu hendak aku kenangkan,memang tiada yang indah dalam kehidupan untuk ku kenang.kita percaya bahawa segalanya adalah ketentuan Illahi.

Saat ini lah aku berkenalan dengan butang EDIT.segala memori yang bermain dikotak fikir ku berlegar mencari sesuatu yang manis sambil aku EDIT segala memori yang sedih itu aku lupakan walau bukan sepenuhnya.kerana butang EDIT inilah aku mampu menceriakan suasana dan hidupku.

Dan kerana butang EDIT ini lah aku mampu tersenyum hingga ke hari ini.AKu sedar dari segala kepayahan itu sendiri lah lahirnya sebuah kemanisan.EDIT lah..Hidup,kenangan,iman adalah
indah..
Bersyukurlah sekarang kerana bukan semua mampu bersyukur
berterima kasih lah dengan apa yang kita miliki sekarang kerana bukan semua orang mampu
Dan aku Bersujud
-entri terganjil setakat ini-