9.6.11

Tribute to Msuhardy

Banyak benda dalam dunia kita perlu faham.kita perlu kenal.kita perlu menjiwai dan adakala nya kita perlu memiliki untuk mengenalinya dengan lebih dalam lagi.

Kenal kah kita dengan mata dan akal kita sendiri?pancaindera yang sering kita gunakan bagi menilai sesuatu yang kita lihat lalu kita gunapakai. Kerana akal kita menerima logika nya.

Akan tetapi sebenarnya apa yang sering kita lihat bukan lah apa yang tersirat.maksud yang terbayang ada depan mata bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan kerana ia cuma bersifat luaran dan sementara.

Penglihatan boleh mengelirukan.cubalah untuk mendengar.memahami apa yang cuba dikatakan oleh hati.kita jarang ditipu oleh hati kita kerana ia lebih memahami apa yang kita ingini.

Buka telinga dan pendengaran dan carilah keindahan dalam kehidupan.andaikata kita jatuh tersungkur..rebah..bangkitlah..kerana bangun dari rebah adalah permulaan yang sepatutnya kita lalui.bukan hanya meratapi nasib..ingatlah..everything happen for a reason.

Gunakanlah pendengaran dengan sebaiknya..bila satu pintu tertutup,jangan hanya berharap agar terbuka semula atau menunggu terlalu lama.carilah pintu yang lain pasti ada yang terbuka..tiada kegagalan andai terus berusaha.

P/S : andai dipotong kedua belah telinga dan kita cantumkan keduanya
Maka ia akan menampakkan satu bentuk yang difahami oleh semua

1 comment:

M said...

I Love This...Very Inspiring... Thank You For Everything \m/