22.9.08

Pantomim Atau Mime











Pantomim (Bahasa Latin: pantomimus, meniru segala sesuatu) adalah suatu pertunjukan teater yang menggunakan isyarat, dalam bentuk mimik wajah atau gerak tubuh, sebagai dialog. Jenis pertunjukan ini telah dikenal sejak zaman Romawi Kuno. Pantomim kembali popular pada abad ke-16 dengan berkembangnya Commedia dell'arte di Itali yang membawa pantomim pada bentuknya yang sekarang yang mengutamakan pada lakon komedi.

Mime hanya menggunakan gerakan tubuh sebagai isyarat atau dialog bagi sesebuah persembahan dan menggabungkan elemen-elemen cahaya dan bunyi yang sudah digarap mengikut persembahan yang di inginkan

Pada masa ini Pantomim lebih di kenali sebagai sebuah persembahan teater tanp mengeluarkan suara kerana suara para pelakon telah dirakam dan para pelakun hanya menggerakkan bibir(lipsing) mengikut patah dialog yang telah diucapkan.

21.9.08

Sungkai @ Soto Rindu

Excuse me!where is my Food???


Posing Off With Tua


Batah jua kan mengaut ani???


Posing Off With Bungsu


Yeaa..With my parent


Eh..kana gambar kh???Skali lagi eh!!!



Cium tangan saja...Bukan Kelly Ng ni kan cium kaki lagi..



TEATER


Logo Lazim Teater


Apakah dia teater

Kata “Teater” berasal dari kata ‘Theatron’, Theatron merupakan bahasa yunani yang bererti “Tempat pertunjukan”. Theatron digunakan untuk menggambarkan sebuah tempat pertunjukan yang berbentuk setengah lingkaran dan mendaki lereng bukit yang berfungsi sebagai tempat duduk penonton ketika drama yunani klasik berlangsung. Saat ini teater dapat membicarakan tentang sebuah karya seni, bahkan dapat menunjukkan sebuah kejadian atau peristiwa yang terjadi dalam masyarakat. Singkat kata kita mampu mengetahui seluruh warisan budaya sastera drama, bahkan beberapa bentuk pementasan seperti : Mime, pantomim, pertunjukan rakyat, kabaret, monolog, wayang kulit dan wayang golek. Lebih luas lagi, saat ini teater digunakan untuk menyebut tempat-tempat pertunjukan seperti: Film, radio, serta television. Bahkan teater dan unsur-unsurnya di pertontonkan dengan tujuan menimbulkan kesedaran masyarakat sekeliling.

Monolog dan kehidupan





Monolog seorang hamba dengan pencipta





Monolog berfungsi sebagai ekspresi seni mempunyai kelebihan-kelebihan, iaitu dapat mempengaruhi, melengkapi, dan memperkaya pemahaman seseorang terhadap lingkungan, sosial, politik, agama, budaya, falsafah, dan kreativiti seni. Untuk itulah monolog harus mempunyai kemampuan memberikan pemahaman kreatif secara sehat sesuai alam persekitaran. Seorang aktivis teater akan sulit mengekspresikan dirinya dalam bermain monolog jika tidak mampu berkomunikasi dengan alam persekitarannya.. Untuk mengekspresikan diri dalam bermain monolog, seorang pelakon harus mampu memahami, menggali, meresapi, dan memikirkan kehidupan alam persekitarannya disamping harus berlatih secara terus menerus. Oleh kerana itu pemahaman terhadap seni sastera iaitu drama monolog perlu ditumbuhkan sebagai salah satu cara memahami kekayaan budaya dan kefahaman tentang penghayatan sebuah kehidupan.Monolog itu adalah sesuatu yang hidup agar dapat menghidupkan lakunan agar nampak sebagai sebuah tontonan kehidupan ketika ia dipertontonkan

19.9.08

You Me And Him the Monologue

Kg air kekeringan


"Awak tau tak?"

"Tau apa?"

"Tau tak apa silap saya?"

"Huh? Silap awak?

Apa yg awak dah buat?"

"Lahh..saya tanya awak kan. Apa silap saya?"

"Kenapa awak tanya saya pulak? Kan itu silap awak."

"Kalau saya tahu, buat apa saya tanya awak. Awak kan selalu ada dengan saya. Nak buat apa-apa pun selalunya saya cari awak dulu. Sebab tu saya tanya awak.
Hmm.. Takkan awak tak tahu apa silap saya?"

"Awak ada buat silap ke?"

"Ada. Kesilapan yg mengecewakan dia."

"Ha..tulah silap awak. Awak kecewakan dia."

"Huh?"

18.9.08

Aliff Waw Haa -- Mim Aliff Mim Aliff



betapa dinginnya terasa
Titisan air matamu
Yang tertitis ke pipiku
Tika membelai aku yang terlantar
Hangatnya terasa
Terasa dirimu semkin mendekat
Tika kita berjauhan
Sesekali ku mengenangmu
Manisnya rindu
Tika menyambut pulangku
Sesekali bersua
Tika kuliah ketiadaanku
Sebuah puisi ini
Belum tentu memadai
Buat merakam tinta terima kasih
Membalas kasih rindumu
Akan selamanya terbawa
seuntai kasihmu kemana-mana
bagai tangkal semangatmengisi kembara ini
Mama,
Engkaulah lilin
Engkaulah penawar
Engkau cahaya
Penerang gelita
Engkaulah segalanya.

16.9.08

Epilog Seorang Pencinta


tanyaku pada rembulan
mengapa sinarmu redup begini
sapaku pada angin malam
mengapa terpaanmu dingin begini
sedangkan sepi kian menghujan
di kala hati terkikis kerinduan
di ujung penantian malam
kala kurengkuh indahnya bayangan
berpegang rasa kuhibur hati
kala kugoreskan pena berpeluh rindu
kurangkai kata diatas secarik kertas putih ini
seputih jiwa dan kerinduanku
ku rindu hadirmu ..
ku lukis asmara dalam kanvas sanubariku
berwarnakan cinta dan kasih kita
bercatkan rasa setia dan saling percaya
berhiaskan ketulusan hati bertekadkan kata
sehidup semati ku harap cinta kita kan abadi